Friday, March 19, 2010

-Kau Buat Hal Lagi-

hari ini..

kau buat hal lagi..

hari itu..

kau buat hal juga..

aku memang sudah masak dengan perangai dikau..

aku sangat faham dengan sifat semulajadi (nature) mu yang tidak boleh menerima kekalahan..

yang tidak enaknya, engkau..

pabila hendak melakukan hal tidak lagi mengira orang-orang di sekeliling..

sahabat-handai, musuh-musuh mahupun anjing kurap adalah sama sahaja..

hanya kesedapan kepalamu diambil kira..

kau adalah tuhan duniamu sendiri maka sesungguhnya manusia lain adalah sampah-sampah..

yang harus mengikut alunan kedut kepala otakmu itu..

aku tidak rela (refuse)...

untuk menjadi antara sampah-sarapmu..

dengan tunduk kepada amukanmu sambil berkata..

"betul juga katanya.."

"semuanya salahku.."


boleh dinyanyikan/disajakkan dengan apa2 nada/irama selain '30 secondToMars-Attack'

ditujukan kepada sahabat yang disayangi..



2 comments:

bobbylester said...

sy nak nyanyi irama 'kuda kepang' ble?

Kamil said...

bole2..asalkan sesuai dengan jiwa kamu..